Notis Penutupan Jalan Sempena Pesta Regatta Sarawak 2010

SR/17/07/10

KUCHING: 29 Julai 2010 (Khamis):    Pesta Regatta Sarawak 2010 akan berlangsung pada 30 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010 bertempat di Tebingan Sungai Sarawak. Sehubungan itu pihak DBKU telah menyediakan tapak jualan untuk penjaja-penjaja di Jalan Gambier, Jalan Court House/Jalan Barrack dan Jalan Main Bazaar, Kuching.

 
Oleh yang demikian Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ingin memaklumkan kepada pekedai-pekedai di kawasan yang terlibat bahawa Jalan Gambier dan separuh Jalan Main Bazaar, Kuching akan DITUTUP untuk aktiviti jualan sempena dengan pesta ini.
 
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pelesenan DBKU di talian 082-234654 atau Bahagian Penguat kuasa dan Keselamatan DBKU di talian 082-448762.