Status Keputusan Rayuan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009 PEN: 7/2008/9 (KPT) Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan kenyataan media seperti berikut:
STATUS KEPUTUSAN RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF DAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2008/2009
1. Sukacita dimaklumkan bahawa status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009 boleh disemak mulai 14 Julai 2008 (Isnin) jam 12.00 tengah hari melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) http://www.mohe.gov.my atau saluran hebahan lain seperti di Lampiran 1.
2. Calon boleh mencetak surat tawaran melalui Laman Web IPTA seperti dalam Lampiran 2. Calon dinasihatkan membawa bersama surat tawaran yang dicetak sebagai dokumen rujukan bagi tujuan pendaftaran di IPTA berkaitan. Tarikh pendaftaran adalah seperti yang ditetapkan oleh IPTA berkaitan.
3. KPT tidak pernah melantik mana-mana agen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon gagal mendapat tempat ke IPTA. Semua pengurusan berpusat adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan menggunapakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian.
4. Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai 2008, maka rayuan dianggap gagal.
5. Kemudahan "Hotline" dan "Helpline" disediakan untuk membantu menjawab pertanyaan dan kemusykilan calon. Calon boleh menghubungi Talian Telefon: 03-88835858 dan 03-88835848 untuk semakan dan bantuan.
LAMPIRAN 1
SALURAN HEBAHAN STATUS KEPUTUSAN
1. Talian Am: 03-8883 5801/03-8883 5802 LAMPIRAN 2
SENARAI URL LAMAN WEB IPTA UNTUK CETAKAN SURAT TAWARAN SESI AKADEMIK 2008/2009
1. UM - http://www.um.edu.my/kemasukan |
|
|