Majlis Pelepasan Larian Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1Malaysia

SR/139/07/10

Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Penggalakan dan Pembangunan Estet-Estet Perindustrian), Dr. Abang Haji Abdul Rauf Abang Haji Zen akan menyempurnakan Majlis Pelepasan Larian Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1Malaysia di Perkarangan Pejabat Penerangan Bahagian Kuching, Jalan Masjid, Kuching pada 1 Ogos 2010, jam 6.45 pagi.