Majlis Pelancaran teksi Eksekutif Dan Majlis Menandatangani MoU Gabungan Koperasi-Koperasi Serta Pelancaran Laman Web KUSPA

HQ/153/07/10

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob akan merasmikan Majlis Pelancaran Teksi Eksekutif dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Gabungan Koperasi-Koperasi serta Pelancaran Laman Web Koperasi Integriti Keusahawanan Awam Kuala Lumpur Bhd. (KUSPA) di Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada 30 Julai 2010 jam 2.15 petang.