PROGRAM SEMARAK MERDEKA JALUR GEMILANG 1MALAYSIA DAN SEPAKAT BESTARI 2010 PERINGKAT DAERAH MUAR

JH/MU/10/07/10

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Sg Balang, Yang Berhormat Dr Hjh Robia bt Dato'' Hj Kosai akan menyempurnakan Majlis Perasmian Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1Malaysia dan Sepakat Bestari Peringkat Daerah Muar di Dataran Sarang Buaya Mukim Sg Balang pada 01 Ogos 2010 jam 2.30 ptg.

Semua media dijemput menghantar wakil bagi membuat liputan program tersebut. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Penerangan Daerah di talian 06-9521477.