Permohonan Pas Media bagi Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2010 HQ/133/07/10 Para petugas media yang membuat liputan sempena Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2010 pada 1 Ogos 2010 di Stadium Utama Kangar, Perlis adalah dikehendaki mendapatkan Pas Media di Jabatan Penerangan Malaysia, Perlis, Tingkat Bawah, Bangunan Tun Haji Abdul Razak, Kangar, pada 30 Julai 2010 mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. |
|
|